Aku tidak secantik Aisyah. Tidak sehebat Khadijah. Tidak sealim Sumaiyyah. Tidak sebaik Fatimah tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk diriku

Tuesday, March 18, 2014

lukisan dakwah islam


harini nak share satu page.. lukisan dakwah islam di facebook.. page ni amat menarik perhatian bagi saya sebab page ni akan share gambar2 nasihat dan maklumat yang berguna kepada kita. 

yang ni biografi page ni...

Page ini dibangunkan sebagai pusat pengumpulan lukisan-lukisan dakwah untuk dishare oleh kawan-kawan. Segala lukisan-lukisan dakwah yang bermanfaat adalah dialu-alukan untuk di-post di page ini untuk dimanfaatkan, iaitu untuk dishare oleh kawan-kawan di luar sana. Sebarkan dakwah dengan klik 'share', insyaAllah... Dakwah yang disampaikan melalui medium lukisan juga semakin diterima oleh masyarakat, dan kita semestinya tidak mahu melepaskan peluang ini untuk meluaskan lagi penyebaran dakwah secara menghiburkan dan dengan grafik yang lebih menarik dan mudah untuk difahami, serta serba ringkas cara penyampaiannya.

Semoga dengan kewujudan page ini dapat meluaskan lagi penyebaran dakwah, bukan untuk bersaing dengan page-page bermanfaat yang lain, tetapi sekadar untuk memenuhi keperluan umat Islam yang memerlukan peringatan-peringatan yang penting daripada Allah dan RasulNya serta ijmak ulamak serta qias.

Admin disini hanya membuka peluang, bukan kami yang meluaskan dakwah tetapi ANDA dengan hanya meng-klik SHARE!

Subhanallah...

Semoga semua ini menjadi saham-saham untuk kita diakhirat kelak. Semoga hati kita sentiasa ikhlas dalam beramal. InsyaAllah.. Sangat besar harapan kami dan anda semua yang menbangunkan page ini....
Jazakallah, jazakillah kepada semua kawan-kawan... :D

Syarat-syarat copyright:
-Anda boleh memuat turun atau menyalin kandungan, dan barangan lain yang dipaparkan di laman web ini untuk dimuat turun, untuk kegunaan peribadi sahaja.

-Memuat turun, menyalin, mencetak atau menyimpan apa-apa kandungan untuk SELAIN daripada peribadi, penggunaan bukan komersial adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis dari Lukisan Dakwah Islam atau daripada pemegang hak cipta yang dikenal pasti dalam notis hak cipta kandungan itu, kerana kami tidak mahu timbul kes copyright antara mana-mana pihak kerana menggunakan gambar/lukisan yang sama bagi produk mereka. Jadi, sila dapatkan pengesahan daripada kami. Jika anda rasa tidak ada masalah jika mahu mencetak sesuatu produk dengan menggunakan karya kami, silakan, tapi kami tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang berlaku.

-Laman web ini menyediakan sumber asal bagi setiap gambar dan kebanyakannya adalah bersumberkan daripada karya asal daripada admin-admin page ini. Juga kami ada meletakkan hasil karya daripada laman-laman yang lain dan meletakkan kredit sekali.

jom like page ni!!!!!






antara gambar-gambar di share...





No comments:

Post a Comment