Aku tidak secantik Aisyah. Tidak sehebat Khadijah. Tidak sealim Sumaiyyah. Tidak sebaik Fatimah tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk diriku

Wednesday, March 19, 2014

malam cinta allah dan rasul 1435H

Selawat Perdana 21 MAC MALAYSIA BERSELAWAT 2014 di Dataran Masjid Putra Putrajaya  bersama Habib Syech AsSeggaff dan Habib Ali Zaenal Abidin Al HamidJom hadir seisi keluarga Majlis Mawlid bersama Habib Syech 8 Mac 2014 di Masjid Besi Putrajaya & 21 Mac 2014 #SelawatPerdana bersama Habib Ali Zainal Abidin & Habib Syech di Dataran Precint 1 Putrajaya. Cintai Rasul dan mudah-mudahan kita mendekati majlis memujinya dan mendekati sirah & sunnahya.




my family


rindunya mereka... satu organisasi yang asma anggap sebagai keluarga kedua yang asma sayang sangat2... sekarang ni asma tengah menjalani latihan industri, lagi susah lah nak jumpe dorang... jawatankuasa pelajar kolej kediaman, yupp tu la nama organisasi kami di politeknik... 

banyak pengalaman dan pengetahuan yang asma dapat sepanjang menjadi majlis tertinggi JPKK ni.. tidak akan ku lupe akan akak2, abang2, dan kawan2 yang banyak membantu asma untuk menjadi seorang pemimpin... program2 yang kami handle, walaupun penat tapi sangat2 berbaloi dengan hasil titik peluh sendiri... ce ce ce...ukhuwah yang terbina tidak dapat dilupekan sama sekali... 

disini la bermulanya kisah hidup asma yang baru :).. bagi pelajar2 yang berada di politeknik, kolej, ataupun Universiti amatlah digalakkan menceburkan diri didalam sesebuah organisasi.. banyak perkara yang kita dapat belajar terutamanya dari segi kepimpinan.. dulu asma sangat-sangat-sangatlah pendiam dan menjadi seorang yang boleh bersuara (memang ade suare pun, xbisu ok) dan melontarkan pendapat... hehe... tapi pelajaran jangan lah pula terabai ok.. jadikan pelajaran no 1 dan organisasi no 2 semasa belajar..


watikah perlantikan sesi jun 2013

jamuan hari raya JPKK + MEKAR + PI





cari dimana saya?




Tuesday, March 18, 2014

lukisan dakwah islam


harini nak share satu page.. lukisan dakwah islam di facebook.. page ni amat menarik perhatian bagi saya sebab page ni akan share gambar2 nasihat dan maklumat yang berguna kepada kita. 

yang ni biografi page ni...

Page ini dibangunkan sebagai pusat pengumpulan lukisan-lukisan dakwah untuk dishare oleh kawan-kawan. Segala lukisan-lukisan dakwah yang bermanfaat adalah dialu-alukan untuk di-post di page ini untuk dimanfaatkan, iaitu untuk dishare oleh kawan-kawan di luar sana. Sebarkan dakwah dengan klik 'share', insyaAllah... Dakwah yang disampaikan melalui medium lukisan juga semakin diterima oleh masyarakat, dan kita semestinya tidak mahu melepaskan peluang ini untuk meluaskan lagi penyebaran dakwah secara menghiburkan dan dengan grafik yang lebih menarik dan mudah untuk difahami, serta serba ringkas cara penyampaiannya.

Semoga dengan kewujudan page ini dapat meluaskan lagi penyebaran dakwah, bukan untuk bersaing dengan page-page bermanfaat yang lain, tetapi sekadar untuk memenuhi keperluan umat Islam yang memerlukan peringatan-peringatan yang penting daripada Allah dan RasulNya serta ijmak ulamak serta qias.

Admin disini hanya membuka peluang, bukan kami yang meluaskan dakwah tetapi ANDA dengan hanya meng-klik SHARE!

Subhanallah...

Semoga semua ini menjadi saham-saham untuk kita diakhirat kelak. Semoga hati kita sentiasa ikhlas dalam beramal. InsyaAllah.. Sangat besar harapan kami dan anda semua yang menbangunkan page ini....
Jazakallah, jazakillah kepada semua kawan-kawan... :D

Syarat-syarat copyright:
-Anda boleh memuat turun atau menyalin kandungan, dan barangan lain yang dipaparkan di laman web ini untuk dimuat turun, untuk kegunaan peribadi sahaja.

-Memuat turun, menyalin, mencetak atau menyimpan apa-apa kandungan untuk SELAIN daripada peribadi, penggunaan bukan komersial adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis dari Lukisan Dakwah Islam atau daripada pemegang hak cipta yang dikenal pasti dalam notis hak cipta kandungan itu, kerana kami tidak mahu timbul kes copyright antara mana-mana pihak kerana menggunakan gambar/lukisan yang sama bagi produk mereka. Jadi, sila dapatkan pengesahan daripada kami. Jika anda rasa tidak ada masalah jika mahu mencetak sesuatu produk dengan menggunakan karya kami, silakan, tapi kami tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang berlaku.

-Laman web ini menyediakan sumber asal bagi setiap gambar dan kebanyakannya adalah bersumberkan daripada karya asal daripada admin-admin page ini. Juga kami ada meletakkan hasil karya daripada laman-laman yang lain dan meletakkan kredit sekali.

jom like page ni!!!!!






antara gambar-gambar di share...





Monday, March 17, 2014

assalamualaikum w.b.t

hai semua... yang ni blog kali ke berapa pun aku tak tahu... aku memang suke buat dan buang blog.. hoho.. 

blog pun tak cantik mana.. cukuplah sekadar puaskan hati sendiri.. now 

nak melalut pasal diri aku plak.. 

alhamdullilah aku sekarang berada di semesta 4 dan sedang 

menjalani latihan industri di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.. 

opsss sebelum tu nak 

bagi tau yang aku belajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan mengambil 
kos diploma kejuruteraan perkhidmatan bangunan yang terletak di Shah Alam.. 
berbalik 

semula pasal latihan industri ataupun praktikal, teringat waktu kawan2 kampung dapat tau 

aku dapat praktikal dekat situ.. alahai rindu plak dekat dorang..  

semua staf dekat sini baik2 je... alhamdullilah 

semua sporting dan hormat.. satu ofis dengan semua lelaki.. asyik kene sakat je la.. sabar2 
dugaan semua tu haha.. ok cukup-cukupla aku melalut dekat sini




dekat bangunan ni la aku bekerja